assalamualaikum
minggu lepas member aku (nape) ajak aku keluar. ajak minum-minum lepak-lepak kate mereka.
aku ikot sajalah. lagi pun dah lama gila tak lepak dengan membe-membe time sekolah ni.
so, malam tu kitorang (aku, ulau, nape, komeng hazwan) pergilah
brickfield Austin Steak, dekat Bangi.
mesti korang kagum dan amazed kan sebab aku lepak dekat steak house. bukan bitch house okay. steak house.
nasib baik aku bawak duit lebih sikit, kalau tak alamatnye, terpaksalah jual organ-organ aku buat steak.
okay, thats not the point.
aku dah agak dari awal dah diorang ni ada agenda tertentu ajak aku lepak. haha. celake, ingat ajak lepak sebab rindu kat aku ke, nak ciom aku ke, rupenye nak closing aku. haha
closing tu ape? ermm, korang google la sendiri.
diorang ajak aku buat m.l.m. bukan malam, multilevel marketing okayhh.
sekarang ni dah zaman orang carik duit, takde buku-buku cikgu-cikgu dah. hehe
banyak kali gak la diorang secara halus try to seduce me. uish.. speaking.
seduce maksud aku bukan la dorang nak tido dengan aku ke ape, dorang nak aku join dorang la.
so nanti aku kenalah jadi downline dorang.
seriously, aku tak berapa suka sangat lah M.L.M ni, tak kisah lah halal ke tak halal.
cuma aku tak suka. aku pun tak tau kenapa aku tak suka.
oh ya, mungkin sebab aku tak nak bila orang nampak aku je, mesti dorang cakap dalam hati
"mamat tu mesti nak closing kita pasal M.L.M, jom blah cepat kawan-kawan!"
dah macam kat dahi aku ni ada cop M.L.M pulak, haha.
lagipun aku mana la ada duit modal. paling kurang 2000 beb. aku nak gadaikan ape?
bontot? laptop? handset?
gadai kat ar-rahnu pun belum tentu diorang nak angkat. hehe
tapi, aku still support member-member aku yang tengah jadi usahawan tu.
dengar cerita diorang nak angkat moto besar, kereta besar,
cote besar, dan rumah besar.
aku pulak, jalan k.l jalan kaki dan menggunakan perkhidmatan awam. haha.
apa gua kesah bro! asalkan kasut ni-ke yang pyo tu gua yang punya! hahaha
ape aku merepek ni..