Friday, August 27, 2010

panas panas panas

assalamualaikum

suhu Lumut, Perak hari ni mencecah 2330 darjah celcius. baju-baju yang pelajar-pelajar sidai di ampaian semua habis terbakar, kereta-kereta yang dibiarkan di tempat parkir secara tidak semena-mena telah cair. jemaah-jemaah yang menunaikan solat jumaat tadi ramai yang syahid fisabilillah. peniaga-peniaga bazar gulung tikar, menukar tempat perniagaan masing-masing. ikan-ikan di bawah jambatan 3 beradik semuanya melompat-lompat kerana masing-masing sudah nyawa-nyawa ikan. bangunan-bangunan dan rumah-rumah juga menunjukkan tanda akan terbakar tidak berapa lama lagi. keadaan huru hara dan haru biru.

panas, hari ni sangat panas.

apa yang lebih menyedihkan, assignment-assignment yang telah disiapkan semuanya secara tidak sengaja telah habis terbakar, menjadi abu, tidak langsung meninggalkan sedikit kesan atau bukti

celaka.

penat sungguh aku menyiapkannya. siang malam aku tidak tidur.


yang tinggal cuma kertas arahan assignment.




semoga kepanasan ini akan berakhir kelak.




















ok tak kalau bagi alasan kat lecturer macam ni? aku demam lah

8 comments:

  1. haha.. x de hal la.. kempem lctrer ko caye..

    ReplyDelete
  2. lecturer kata



    "kenapa bukan awak yg terbakar skali..fftttt.."

    ReplyDelete
  3. kalau lecturer ckp cmtu, aku jawab

    "saya orang yg beriman"

    ReplyDelete
  4. tom, pinjam idea kau boleh?
    aku pun berat hati je nak siapkan 4 lab report nehh

    ReplyDelete
  5. tak boleh! haha..kau cakap la, ade taufan ke, salji ke, gunung berapi ke, halilintar ke..hahaha..no plagiarisme..haha

    ReplyDelete
  6. bengong je ko ni tom.. hahahaha

    ReplyDelete