"adilah bibir tebal, adilah bibir tebal, hahaha,"
adilah menjegilkan matanya ke arah aku, mukanya diukir marah, merah padam.
"buku ni tebal macam bibir kau,haha" aku menayangkan buku kajian tempatan darjah 4 tu di hadapan wajahnya. seronok betul aku.
kali ini sabarnya tidak terbendung lagi, lantas mencubit ku 3 4 kali di bahu..
"adoii, sakitlah!" merah-merah dibuatnya bahu aku.
begitulah kehidupanku sebagai seorang pelajar darjah 4 sek keb taman midah 1. cukup meriah mengganggu adilah yang duduk sebelah ku..sebenarnya aku dah duduk sebelah dia sejak darjah 3 lagi..ada chemistry kami sambung sampai darjah 4..hoho..
tapi,
ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari....
"adilah, kamu nak bertolak ke Birmingham bila?" tanya cikgu Raja nur apa tah..aku dah lupa
"lusa cikgu," ringkas, padat, dan tidak langsung menghiburkan.
aku jadi tak tentu hala, macam ada final exam saja hari lusa nanti.
kenapa lah dia tak bagitaw aku awal-awal..kalau tak, takdelah aku dok cakap dia bibir tebal..haishhh..
"mak, nanti tolong belikan abang hadiah nak bagi kat perempuan boleh?" time tu suara tak pecah lagi, cukup comel, suci dari dosa.
"nak bagi kat sape?" balas mak.
"kat kawan, dia nak pergi england, bapak dia nak sambung belajar,"
"hmm, tengoklah apa yang ada kat pasar nanti," mak senyum sahaja. dia memang sporting. ada sekali tu aku nak date dengan pine (awek aku) dia bagi 80 ringgit. dia cakap," share 2 orang ok.."
petang tu, dekat sekolah agama.
"kringggggggggggg"
semua orang bersemangat nak balik rumah, nak tengok cerita journey to the west. tapi aku cool je.
"adilah, nah," muka aku jadi merah..merah padam..time tu tak taw lagi blushing tu ape..
adilah mengambil hadiah aku,
keronsang tudung pasar pagi,
mungkin harga dia 5 ringgit..
dia senyum. aku senyum.
dan cerita tergantung sampai di situ.
Friday, October 8, 2010
Tuesday, October 5, 2010
lesen P
assalamualaikum
lama tak update, maklumlah nak dekat final..assignment pun berlambak-lambak..seberlambak nye dosa aku, seberlambak nye jugaklah assignment aku..holy shit.
.........................................................
"kau test 2nd time ke?" seorang budak umur lebih kurang umur aku menyapa.
aku pandang dia, hangguk segan.
"ha'ah, 2nd time, aritu aku kantoi jalan raya," aku buat-buat ramah, padahal tengah cuak nak test jpj..
"oh, macamana boleh tak lepas pulak?? bukan senang je ke?" air teh ais dia hirup, lalu memalingkan pandangan ke arah matahari. style. cukup style.
"tak tahulah, selalu aku praktis ok je, sampai-sampai sebelah jpj tu semua hilang," aku balas, tambah kan dengan sedikit senyum pahit. bakar rokok winston merah sebatang. sedut dalam-dalam.
"lah, kenapa macam tu pulak, kau ni takut sangat, kau buat selamba je sebelah jpj tu, bukan dia nak makan kau pun," air teh ais dihirup sampai habis. tinggal ais sahaja. kali ni, mimik wajahnya diukir confident!
aku senyum tawar.
"ok lah, aku nak pergi test dah ni," lantas dia bangun pergi bayar air teh ais aku yang dia minum. aku tenang sahaja duduk di kerusi. dari borang jpj yang aku tengok tu, aku tahu dia 1st timer.
........................................
aku dok perhati dia dari kejauhan, dalam kereta kancil putih, tengah menunggu giliran nak buat test dekat bukit.
"vrrrooooom"
fuh, confident betol mamat ni, selamba je naik bukit laju camtu..
sampai kat tengah dia berhenti, memang kene berhenti pun.
tapi apesal kereta mamat tu kebelakang sampai bawah bukit balik.
yes! itulah yang aku tunggu.
wajah-wajah mamat poyo menemui kegagalan.
dan sory, aku tak gagal hari tu. hehe

Subscribe to:
Posts (Atom)