Friday, October 8, 2010

time ni saye kecik lagi..

"adilah bibir tebal, adilah bibir tebal, hahaha,"



adilah menjegilkan matanya ke arah aku, mukanya diukir marah, merah padam.




"buku ni tebal macam bibir kau,haha" aku menayangkan buku kajian tempatan darjah 4 tu di hadapan wajahnya. seronok betul aku.


kali ini sabarnya tidak terbendung lagi, lantas mencubit ku 3 4 kali di bahu..


"adoii, sakitlah!" merah-merah dibuatnya bahu aku.





begitulah kehidupanku sebagai seorang pelajar darjah 4 sek keb taman midah 1. cukup meriah mengganggu adilah yang duduk sebelah ku..sebenarnya aku dah duduk sebelah dia sejak darjah 3 lagi..ada chemistry kami sambung sampai darjah 4..hoho..




tapi,









 ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari....










"adilah, kamu nak bertolak ke Birmingham bila?" tanya cikgu Raja nur apa tah..aku dah lupa

"lusa cikgu," ringkas, padat, dan tidak langsung menghiburkan.

aku jadi tak tentu hala, macam ada final exam saja hari lusa nanti.

kenapa lah dia tak bagitaw aku awal-awal..kalau tak, takdelah aku dok cakap dia bibir tebal..haishhh..











"mak, nanti tolong belikan abang hadiah nak bagi kat perempuan boleh?" time tu suara tak pecah lagi, cukup comel, suci dari dosa.

"nak bagi kat sape?" balas mak.

"kat kawan, dia nak pergi england, bapak dia nak sambung belajar,"

"hmm, tengoklah apa yang ada kat pasar nanti," mak senyum sahaja. dia memang sporting. ada sekali tu aku nak date dengan pine (awek aku) dia bagi 80 ringgit. dia cakap," share 2 orang ok.."











petang tu, dekat sekolah agama.








"kringggggggggggg"



semua orang bersemangat nak balik rumah, nak tengok cerita journey to the west. tapi aku cool je.








"adilah, nah," muka aku jadi merah..merah padam..time tu tak taw lagi blushing tu ape..

adilah mengambil hadiah aku,

 keronsang tudung pasar pagi,

 mungkin harga dia 5 ringgit..








dia senyum. aku senyum.








dan cerita tergantung sampai di situ.

12 comments:

  1. haha.. bajet cibai.. heh.. tp tu kenangan yg manis.. nice one..

    ReplyDelete
  2. terharu aku baca.
    mak kau sporting jek.. :P

    ReplyDelete
  3. woot2: uish..nice two..haha

    cik tipikal:terharu lah sangat..hehe..mak aku mang sporting pn..dulu dia banyak menceburkan diri dalam bidang sukan..

    brutalsolo: kat mane ek die skrg..aku pun tak tahu..ish3..

    ReplyDelete
  4. bibir tebal seksi kot
    :D
    comel doe kau kecik kecik

    ReplyDelete
  5. uiyo....da pndai skang ek

    ReplyDelete
  6. bunga: aku mmg comel. kalau tgk gambar aku, mmg kau nak jadikan aku anak angkat.haha

    anoy: kau mesti ikwan en? haha

    ReplyDelete