Wednesday, December 15, 2010

score a

assalamualaikum

minggu lepas member aku (nape) ajak aku keluar. ajak minum-minum lepak-lepak kate mereka.
aku ikot sajalah. lagi pun dah lama gila tak lepak dengan membe-membe time sekolah ni.
so, malam tu kitorang (aku, ulau, nape, komeng hazwan) pergilah brickfield Austin Steak, dekat Bangi.

mesti korang kagum dan amazed kan sebab aku lepak dekat steak house. bukan bitch house okay. steak house.
nasib baik aku bawak duit lebih sikit, kalau tak alamatnye, terpaksalah jual organ-organ aku buat steak.
okay, thats not the point.

aku dah agak dari awal dah diorang ni ada agenda tertentu ajak aku lepak. haha. celake, ingat ajak lepak sebab rindu kat aku ke, nak ciom aku ke, rupenye nak closing aku. haha

closing tu ape?  ermm, korang google la sendiri.

diorang ajak aku buat m.l.m. bukan malam, multilevel marketing okayhh.

sekarang ni dah zaman orang carik duit, takde buku-buku cikgu-cikgu dah. hehe

banyak kali gak la diorang secara halus try to seduce me. uish.. speaking.
seduce maksud aku bukan la dorang nak tido dengan aku ke ape, dorang nak aku join dorang la.
so nanti aku kenalah jadi downline dorang.

seriously, aku tak berapa suka sangat lah M.L.M ni, tak kisah lah halal ke tak halal.
cuma aku tak suka. aku pun tak tau kenapa aku tak suka.

oh ya, mungkin sebab aku tak nak bila orang nampak aku je, mesti dorang cakap dalam hati

"mamat tu mesti nak closing kita pasal M.L.M, jom blah cepat kawan-kawan!"

dah macam kat dahi aku ni ada cop M.L.M pulak, haha.
lagipun aku mana la ada duit modal. paling kurang 2000 beb. aku nak gadaikan ape?
bontot? laptop? handset?
gadai kat ar-rahnu pun belum tentu diorang nak angkat. hehe

tapi, aku still support member-member aku yang tengah jadi usahawan tu.
dengar cerita diorang nak angkat moto besar, kereta besar, cote besar, dan rumah besar.

aku pulak, jalan k.l jalan kaki dan menggunakan perkhidmatan awam. haha.
apa gua kesah bro! asalkan kasut ni-ke yang pyo tu gua yang punya! hahaha

ape aku merepek ni..

Monday, December 13, 2010

tiada idea

assalamualaikum.

so sebab aku takde mende nak tulis. aku dengan bangganya telah copy dan paste entri hanibi. haha.
mengisahkan tentang diskusi mengenai hanibi yang mempunyai masalah dalam hubungan dengan kawannya. 
aku sebagai brader love, telah memberi nasihat yang tidak sepatutnya diguna pakai dan sama sekali tidak boleh direnung-renungkan apatah lagi digunakan untuk beramal. so, credit to hanibi a.k.a hayatun suriya.


Hanibi: weh kte kwn an
TK: ye
Hanibi : ke bestfren ?
TK: knp??
Hanibi: taleh tnya npe
Hanibi: jwb dlu
TK: kwn ke bestfren ke ko ttp kawan aku
Hanibi: bg ko menda tu ta same ek
TK: bg aku skali aku kwn aku akn jadi kwn smpai bile2
TK: yeah!!
TK: knp kene ade beze kwn ngn bestfren
Hanibi: oh bg aku laen
TK: yeke knp?
Hanibi: sbb .
Hanibi: kawan tu .. sape sape leh jadi kwn kte . 
Hanibi: even kte bru knal dia seminit yg lepas. 
Hanibi: bestfren mane leh cmtu .
Hanibi: kan ?
TK: tp kwn yg kau baru kenal mungkin bole jd bestfren kau nnti.
TK: so aku treat sume kwn aku spesel yeah!!
TK: sbb korang kwan aku
Hanibi: tgk
TK: ape
Hanibi: ayat ko pon da mnunjukkan perbezaan antara kawn dan bestfren
TK: snanye bestfren 2 ko x yh meterai kan pn. die mende 2 ko rase sndiri
TK: bile xde membe ko 2 ko rase rindu. ko rase cm len sket la. ko taw kan
Hanibi: hm taw
Hanibi: taw kot haha
TK: knp tanye
Hanibi: aku saje na taw
TK: knp kene pk sal mende camtu??
Hanibi: sbb .. menda tu bemakna bg aku
TK: hmm ok
TK: ko lyn bestfren camne?
Hanibi: bkn sal layanan
Hanibi: aku akan cte sume menda kat dia .
Hanibi: and na ckp ape pon ta kesa


aku ske dga pndapat dia . sbb laen dr laen . pendapat masing masing menunjukkan peribadi dorg kot? sape taw :))


Hanibi: aku da pecahkan ati org
TK: ko wat pe
Hanibi: aku da pecah kan ati dia la
TK: dia 2 sapa
Hanibi: orang laa. lelaki . hee
TK: xnk gtaw sape la ni
Hanibi: faham pon
Hanibi: if he get someone else better than me. then i wont be regret
TK: hmm, knp ko x regret?
Hanibi: sbb .. aku bkn yg tebaekk
TK: nk tw? dlm dunie ni. xde org pn yg terbaik. xde org pn yg perfek. 
TK: sume ade kelemahan masing2
Hanibi: tp klu kte seda kte mmg bkn yg tebaek utk dia cane
TK: so
TK: pe konklusi?
Hanibi: hm konklusi an. jgn cpt berharap. oke ta ?
TK: selesai x mslh ko ngn konklusi 2?
Hanibi: ta
TK: ya. tw pn
TK: so penyelesaian 2 perlu dtg dari kau
TK: u manage urself. jgn sampai org berharap kat kau okeh
Hanibi: ha aku da dapat konklusi
TK: ya saya
Hanibi: i have to be more careful nxt tyme
TK: ya. careful okeh
TK: idop ni pnjg la. ko akn jmpe rmai lg org. jgn riso la

satu lagi . haha . thanks again kawan :) aku sedeyh. series. aku ta tahan . rase cm na bwang je ati ni kat korea . so tat KIM BUM leh jmpe dan pulang balek kat aku . kecik an angan-angan? huhu . kuatkan dr kaw la bengong ! capai cita-cita kaw dlu . cinta kemudian. oke !

Saturday, December 11, 2010

the disaster (must read!)

assalamualaikum.

dah lama tak update. sori, sangat busy. lagipun baru pindah rumah, orang t.m bodoh tak reti-reti pulak nak datang rumah pasang line intenet.

pada tanggal 26 november yang lepas merupakan detik yang amat bersejarah buat saya. ini kerana saya pertama kalinya telah diterima bekerja. ya, saya sangat gembira. pada pagi pertama, saya telah mencukur misai dan bulu-bulu yang tidak patut ada serta menggosok baju kemeja petak-petak, dengan harapan, saya akan menjadi seorang pekerja yang cemerlang.

saya dan 3 orang rakan yang lain, di mana semuanya perempuan telah ke MAHA di serdang. semangat saya begitu membara sehingga jantung berdegup kencang. sesampainya kami di sana, saya telah diberikan puluhan pamplet dan flyers untuk diberikan kepada pengunjung yang hadir di ekspo tersebut. saya sangat risau. mana saya nak letak muka saya ini. sudah lah tidak hensem, diberikan pula kerja memberi pamplet losyen kecantikan wajah dan losyen menguruskan badan. bos kami, juga boleh digelar "the disaster" telah memberikan saya beberapa botol minyak aromatik. hah! apakah minyak aromatik? minyak aromatik adalah minyak bagi menghilangkan rasa mengantuk, selsema, batuk-batuk, pening kepala, dan kembung perut, terdapat pati buah pala dan limau, sepuluh ringgit sahaja. cuba ulang ayat tersebut berulang kali. saya telah memecah kan rekod menyebutnya dengan pantas sekali iaitu tidak lebih 3 saat. baiklah, itu propa sahaja.
the disaster telah beberapa kali merenung tajam ke arah saya dan rakan saya kerana kami sangat tidak memberikan keuntungan kepada syarikat bodoh miliknya. selain itu, the disaster juga mempunyai bini yang tidak lawa serta mempunyai mekap seperti opera cina. hasilnya, pada hari pertama, kami hanya dapat menjual beberapa botol minyak aromatik sahaja. saya sendiri hairan dan janggal kerana masih ada manusia yang terpedaya dengan minyak tersebut. kesian makcik-makcik dan pakcik-pakcik dari kampung koqdiang.

pada hari kedua pula, kami memenuhkan masa kerja kami dengan melawat booth-booth di dewan lain. akan tetapi, tindakan kami berjaya dihidu oleh the disaster. katanya, "korang ni kene pakai gps, senang sikit nak carik," . saya senyum sahaja, sambil tangan memberikan pamplet kepada orang ramai. di samping itu juga, saya berasa sangat terhina apabila saya cuba memberikan pamplet dan flyers tersebut kepada makcik cleaner, mereka membuat muka menyampah, lalu pergi tanpa mempedulikan saya. saya sedih. pada saat itu mula semangat kerja saya menjadi pudar. bukan itu sahaja, the disaster datang kepada saya dan bertanya, "awak ok?" saya menjawab "ok je cik". dia kemudian bertanya lagi,"ada sale tak?"  saya berkata,"takde" hoho. dia berlalu pergi dengan muka tension dan bengang. apa saya peduli. saya berdiri 10 jam, dah memang tiada orang nak beli produk bodoh tersebut. saya pula bukanlah pandai menipu orangnya, ditambah pula rasa kesian kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik kampung pianggi.

pada hari ketiga, saya telah menghabiskan masa dengan melawat gerai-gerai yang memberi makanan percuma. memang menarik perasaan mencuri tulang ya kawan-kawan. heaven. hoho. pada hari itu, semangat berhenti kerja saya memang membara-bara, seperti perasaan saya nak pergi ke kerja pada hari pertama. saya juga telah beberapa kali direnung tajam, membuat kan saya sudah tidak lagi berasa selesa untuk menjual produk-produk kosmetik tersebut. saya campak kan flyers tersebut ke muka the disaster dan menyepak gerai nya hingga jatuh. baiklah, saya tipu sahaja. saya tetap menghabiskan hari tersebut dengan jayanya. kaki saya seperti nak tercabut kerana terpaksa berdiri selama 10 jam. ditambah lutut yang longgar.

saya tidak hadir ke kerja pada hari ke 4 sehinggalah hari ke 10. saya sudah tidak sanggup lagi menahan beban. lagipun, saya tidak percaya bahawa syarikat tersebut mampu membayar saya 5 ringgit sejam.
akhirnya saya telah mendapat 70 ringgit sahaja kerana bekerja 3 hari. hoho. para pekerja lain memberikan komplain kepada the disaster kerana kerja yang mereka lakukan selama 10 hari tidak setanding dengan gaji yang diberikan. patut lah orang melayu meniaga tidak maju-maju. selalu sahaja menipu orang ramai.

pengajaran yang kita boleh perolehi dalam cerita ini adalah, jika ada orang yang memberikan ada pamplet atau flyers barangan kecantikan atau apa-apa saja,sila lah ambil sebagai tanda simpati dan pengorbanan mereka.