assalamualaikum.
dah lama tak update. sori, sangat busy. lagipun baru pindah rumah, orang t.m bodoh tak reti-reti pulak nak datang rumah pasang line intenet.
pada tanggal 26 november yang lepas merupakan detik yang amat bersejarah buat saya. ini kerana saya pertama kalinya telah diterima bekerja. ya, saya sangat gembira. pada pagi pertama, saya telah mencukur misai dan bulu-bulu yang tidak patut ada serta menggosok baju kemeja petak-petak, dengan harapan, saya akan menjadi seorang pekerja yang cemerlang.
saya dan 3 orang rakan yang lain, di mana semuanya perempuan telah ke MAHA di serdang. semangat saya begitu membara sehingga jantung berdegup kencang. sesampainya kami di sana, saya telah diberikan puluhan pamplet dan flyers untuk diberikan kepada pengunjung yang hadir di ekspo tersebut. saya sangat risau. mana saya nak letak muka saya ini. sudah lah tidak hensem, diberikan pula kerja memberi pamplet losyen kecantikan wajah dan losyen menguruskan badan. bos kami, juga boleh digelar "the disaster" telah memberikan saya beberapa botol minyak aromatik. hah! apakah minyak aromatik? minyak aromatik adalah minyak bagi menghilangkan rasa mengantuk, selsema, batuk-batuk, pening kepala, dan kembung perut, terdapat pati buah pala dan limau, sepuluh ringgit sahaja. cuba ulang ayat tersebut berulang kali. saya telah memecah kan rekod menyebutnya dengan pantas sekali iaitu tidak lebih 3 saat. baiklah, itu propa sahaja.
the disaster telah beberapa kali merenung tajam ke arah saya dan rakan saya kerana kami sangat tidak memberikan keuntungan kepada syarikat bodoh miliknya. selain itu, the disaster juga mempunyai bini yang tidak lawa serta mempunyai mekap seperti opera cina. hasilnya, pada hari pertama, kami hanya dapat menjual beberapa botol minyak aromatik sahaja. saya sendiri hairan dan janggal kerana masih ada manusia yang terpedaya dengan minyak tersebut. kesian makcik-makcik dan pakcik-pakcik dari kampung koqdiang.
pada hari kedua pula, kami memenuhkan masa kerja kami dengan melawat booth-booth di dewan lain. akan tetapi, tindakan kami berjaya dihidu oleh the disaster. katanya, "korang ni kene pakai gps, senang sikit nak carik," . saya senyum sahaja, sambil tangan memberikan pamplet kepada orang ramai. di samping itu juga, saya berasa sangat terhina apabila saya cuba memberikan pamplet dan flyers tersebut kepada makcik cleaner, mereka membuat muka menyampah, lalu pergi tanpa mempedulikan saya. saya sedih. pada saat itu mula semangat kerja saya menjadi pudar. bukan itu sahaja, the disaster datang kepada saya dan bertanya, "awak ok?" saya menjawab "ok je cik". dia kemudian bertanya lagi,"ada sale tak?" saya berkata,"takde" hoho. dia berlalu pergi dengan muka tension dan bengang. apa saya peduli. saya berdiri 10 jam, dah memang tiada orang nak beli produk bodoh tersebut. saya pula bukanlah pandai menipu orangnya, ditambah pula rasa kesian kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik kampung pianggi.
pada hari ketiga, saya telah menghabiskan masa dengan melawat gerai-gerai yang memberi makanan percuma. memang menarik perasaan mencuri tulang ya kawan-kawan. heaven. hoho. pada hari itu, semangat berhenti kerja saya memang membara-bara, seperti perasaan saya nak pergi ke kerja pada hari pertama. saya juga telah beberapa kali direnung tajam, membuat kan saya sudah tidak lagi berasa selesa untuk menjual produk-produk kosmetik tersebut. saya campak kan flyers tersebut ke muka the disaster dan menyepak gerai nya hingga jatuh. baiklah, saya tipu sahaja. saya tetap menghabiskan hari tersebut dengan jayanya. kaki saya seperti nak tercabut kerana terpaksa berdiri selama 10 jam. ditambah lutut yang longgar.
saya tidak hadir ke kerja pada hari ke 4 sehinggalah hari ke 10. saya sudah tidak sanggup lagi menahan beban. lagipun, saya tidak percaya bahawa syarikat tersebut mampu membayar saya 5 ringgit sejam.
akhirnya saya telah mendapat 70 ringgit sahaja kerana bekerja 3 hari. hoho. para pekerja lain memberikan komplain kepada the disaster kerana kerja yang mereka lakukan selama 10 hari tidak setanding dengan gaji yang diberikan. patut lah orang melayu meniaga tidak maju-maju. selalu sahaja menipu orang ramai.
pengajaran yang kita boleh perolehi dalam cerita ini adalah, jika ada orang yang memberikan ada pamplet atau flyers barangan kecantikan atau apa-apa saja,sila lah ambil sebagai tanda simpati dan pengorbanan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mot. mot. mot. mot. cerita anda tetap menarik bagiku walaupun agak mendatar. like. like. like. hahahaa!
ReplyDeletehaha. aku tulih time pukol brape ni. mmg cam bodo pn
ReplyDeleteak g maha x jumpe ko pun.haha!
ReplyDelete