Saturday, August 28, 2010

该死 = damn



the night before the Day:

"zao shang hao,"

"zao shang hao,"

"ni jiao shenme mingzi?"

"wo jiao Athif, ni ne?"

"wo jiao Mot, ni zai nali dushu?"

"wo zai jilongpo daxue dushu,"




latihan dialog ni di ulang-ulang sebanyak lebih 30 kali


"besok kalau dia tanya, kita tak payah nak tengok kertas pun boleh jawab!"

"ya! besok kita sembang selamba je depan dia, biar ternganga sikit mulut dia,"






the Day


"no, no, you cannot sit for the oral test, you are too late, now is 9.20"













macibai






Friday, August 27, 2010

panas panas panas

assalamualaikum

suhu Lumut, Perak hari ni mencecah 2330 darjah celcius. baju-baju yang pelajar-pelajar sidai di ampaian semua habis terbakar, kereta-kereta yang dibiarkan di tempat parkir secara tidak semena-mena telah cair. jemaah-jemaah yang menunaikan solat jumaat tadi ramai yang syahid fisabilillah. peniaga-peniaga bazar gulung tikar, menukar tempat perniagaan masing-masing. ikan-ikan di bawah jambatan 3 beradik semuanya melompat-lompat kerana masing-masing sudah nyawa-nyawa ikan. bangunan-bangunan dan rumah-rumah juga menunjukkan tanda akan terbakar tidak berapa lama lagi. keadaan huru hara dan haru biru.

panas, hari ni sangat panas.

apa yang lebih menyedihkan, assignment-assignment yang telah disiapkan semuanya secara tidak sengaja telah habis terbakar, menjadi abu, tidak langsung meninggalkan sedikit kesan atau bukti

celaka.

penat sungguh aku menyiapkannya. siang malam aku tidak tidur.


yang tinggal cuma kertas arahan assignment.




semoga kepanasan ini akan berakhir kelak.




















ok tak kalau bagi alasan kat lecturer macam ni? aku demam lah

Wednesday, August 25, 2010

cerita rumah dalam lampu warna merah

" mai pilih, mai pilih, duit takda nanti boleh cari," seorang cina berbaju pagoda memekik-mekik.terdengar dari kejauhan. meriah

perjalanan perlu diteruskan menaiki tangga-tangga suram berbau hancing.

" ha, abang, pilih-pilih cepat, cina ada, indonesia ada, india ada, melayu ada," loghat cina lelaki cina masih pekat.

mata aku meliar, tidak ralit walau sedikit pun. yang india, pinggangnya mungkin bersaiz 38 atau lebih, sedang duduk di kerusi plastik di depan bilik kecil. ada yang iras-iras wajah gadis litar, bermini skirt warna biru cair, berdiri di tepi pintu

"40 ringgit sahaja bang," slanga indonesia..

rakan aku tewas. setelah berfikir 3 4 kali, lalu meluru pergi ke gadis iras-iras gadis litar. dasar syaitan.

aku teruskan lawatan sambil belajar, melalui lorong yang lebih sempit. di bahagian koridor.

terasa ada tangan hinggap di duburku.

lantas aku tepis. maruah masih penuh di dada.

kali ini, wanita-wanita yang lebih tua usianya. 30 ke atas mungkin.

aku lihat, bilik gadis mirip gadis litar sudah tertutup. rakan aku sudah ada di dalam. jauh sekali di fikiran ku untuk membayangkan apa yang sedang berlaku di dalam itu.

aku turun dari rumah itu. ambil sebatang winston, bakar. sedut dalam-dalam.

10 minit kemudian rakan ku turun, setitik dua peluh ada di mukanya. dia nampak lemah.

"kau tak ke? " tanya rakanku, membetulkan seluar.

"taknaklah, kotor," balas aku, mungkin makan dalam.

"banyak songehlah kau, dah, jom balik,"



Alhamdulillah.



keterunaan saya tidak terhapus di vagina seorang pelacur jalan Brickfield.

Monday, August 23, 2010

hari ni saya malu..sangat.

assalamualaikum

petang tadi aku ada test math..

memang macam nak harammmmmm...

aku ingat dah master dah semua..tengok-tengok, banyak lagi aku tak tahu..takpalah..lain kali aku buat lagi elok..cilaka sungguh..semua sebab dosa-dosa lampau la ni.


but that's not the point..

tadi aku wish birthday kat mak aku..

pukul 12 tadi..aku kol dia..

"assalamualaikum mak,"

"waalaikumsalam, kenapa call?"

"oh, happy birthday mak!"

" ha? tak dengar,"

"happy birthday lah,"

"oh, birthday mak semalam lah.."

"err..taw tu..saje je,"



aku teros tukar topik perbualan..


aku dah mind set dah birthday mak aku 24 haribulan, rupa-rupanya 23 haribulan..


malu sebagai seorang anak


dasar anak derhaka..

Saturday, August 21, 2010

that girl is a moslem?

assalamualaikum


pagi tadi aku ada kokori kulom.. hehe.. JPA(Jabatan Pertahanan Awam)
seriously memang malas gila lah nak pergi. dah lah pukul 8, kena pakai baju warna oren pulak. shit.
tapi sebab wajib untuk budak sem 1, terpaksalah rajinkan diri jugak.. kalau tak datang, kena lah repeat tahun sem depan.
ada brader tu dah sem 5 dah pun tak setel-setel lagi.. kesian dia..mesti kawan-kawan dia cakap,

"weh pagi-pagi ni kau nak pergi mana? " sambil bergelak ketawa lantas menyambung tidur masing-masing..


but, that's not the point..


ada sorang budak Nigeria ni group aku. nama dia Akkpan Nsisong Matthew( payah kot nak eja). kitorang belajar ikat tali. aku pun tak tahu lah dia paham ke tak ape benda yang pegawai JPA dok sembang kat depan.. (aku sendiri pun tak paham).

pastu aku tanya dia,

"whattaya ya want from me think about that shorty(girl)?" sambil menunjuk ke arah kumpulan-kumpulan perempuan di group sebelah..slanga gettho aku pekat sikit kalau sembang dengan orang-orang berkulit hitam ni..

"which one? " tanya dia, muka excited ja usha perempuan melayu. maklum lah, kat Nigeria perempuan semua satu pattern je


"that girl with a free hair," balas aku. Matthew dah nampak.





" ohh, beautiful, she's not a malay and not a moslem right maite?" slanga british macam princess tamina.



aku terdiam. telan air liur. pikir nak jawab apa.


"no, she is a malay and a moslem, but not following the islam code of conduct," aku main sembang ja. asal dia paham sudah.


"ohh, i get it, she might think Islam rule is old school and not suitable to be practice in this modern age"




ye la kot..kan? ada orang boleh jawab?

Thursday, August 19, 2010

quiiting is hard, not quitting is harder

assalamualaikum


jam dah pukul 1 petang, hari ni hari jumaat.

membe-membe aku semua tengah tidur. macam sial perangai masing-masing. mentang-mentang hari ni takde kelas, semua dok pakat tidur sampai waktu berbuka. syaitan laknatullah.


but, that's not the point.

aku tengah sangap rokok nih. time-time sangap ni, nak buat keje pun jadi tak best. tak senang duduk.
aku nak berhenti merokok lah( buat kali ke seratus juta lemon nye aku cakap)

harga rokok dahlah tak pernah turun. dulu time aku Form 3, winston 20 rm5.40 je, skang dah jadi rm7.80..
mahal woo.. terasa duit banyak habis kat rokok. bibir pulak macam semakin pink dan kemerah-merahan. haha.

Pine( awek aku) dah naik muak dah suroh aku berenti..haha..sori Pine..dulu kitorang exchange, kalau dia pakai tudung, aku berenti merokok. tapi sekarang dia dah pakai tudung, aku belom berenti lagi. ish3..



tapi.



 mengenangkan nikmat hisap rokok sambil berak.



dan sambil minum nescafe, teh tarik, vanilla coke



sambil buat assignment yang gila babi












terasa payah pulak nak berhenti.
tapi kalau tak berhenti, nanti dapat penyakit-penyakit berbahaya.
tapi atok aku steady je. haha
lain orang, lain paru-paru kot.





sori rokok, saya nak clash dengan awak setelah menjalin hubungan selama dekat 4 tahun, kalau kita kawen dah ada 3 anak 8 anak dah.. kite putus kat sini..mwahhhhhh!


cool lah mak cik ni







 bajeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttt je aku nak berenti..hahaha

jom pergi surau!

assalamualaikom

aku rasa aku dah kena insomnia lah.

dah 3 4 hari aku tak tidur malam. pukul 7 baru tidur. itu pun tidur sekejap je.
dah la kerja berlambak cam harammm..mimet ni boleh bantai blackout pulak.
aku rasa ramadhan tahun ni aku nak buat kelainan lah.

selalunya orang awal-awal ramadhan je semangat pergi terawikh, last-last terawikh tinggal imam dengan bilal je..entah-entah imam dengan bilal pun takde..haha..(aku main-main je lah)
disebabkan aku belom pernah jejak surau untuk sembahyang terawikh( hari ni puasa ke 9), jadi nanti malam 7 akhir aku pergi lah..hehe
time orientasi je last aku jejak surau, itu pun sebab semua kena pergi.

once,after 2 months in MIMET for practical, koqdiaq( a friend of mine) asked me,

"surau kat mana hah?"

soalan ni lagi susah dari soalan math, physic,electro marine technology, atau apa-apa soalan yang pernah aku jawab.


astagfirullah..



padahal tiap-tiap hari nak pergi kelas lalu sebelah surau.


harap-harap besok lebih baik dari hari ini..

Wednesday, August 18, 2010

mind blowing

assalamualaikum

ya, kepala aku dah nak mencapai takat didih, dah nak meletup, macam volcano dalam cerita 2012.

cuba tengok ni:

1.Bi test besok
2.print O.S.H chapter 2 dekat e-learning (69 mukasurat)
3.Math test 23/8(minggu depan)
4.week 7 test physics
5.electro marine technology punya assignment nak lagi 2 minggu
6.kuiz electro marine technology (a.c single phase ) week 6
7.test electro marine technology week 7
8.agama islam punya presentation minggu depan
9.O.S.H punya group assignment




argggghhhhhhhhhhhh!!!



time-time ni barulah kesan pembuangan baby sampah dapat dirasakan.
aku dah tak nak buat semua tu.


kawan-kawan, doakan aku berjaya ya.



aku nak tidur.

Wednesday, August 11, 2010

aku benci kelas pukul 8,9,10

assalamualaikum



aku nak berterus terang.



kali ni, aku taknak simpan-simpan


aku nak luahkan







aku dah 2 hari tak mandi pagi 





sebab aku bangun lambat, so bila aku bangun, lepas tu tengok jam, "kelas dah start", kelam kabut lah aku, sarung jaket, pakai kasut, cuci muka, basahkan rambut, blah..





tapi, mungkin besok pun aku tak mandi pagi





sebab kelas aku start pukul 2 petang..hehe


Tuesday, August 10, 2010

kebejatan sosial

assalamualaikum

aku baru teringat, ada satu kejadian aku nak share dengan korang, bukan lah aku nak memburukkan mana-mana pihak atau bangsa, tapi dengan tujuan untuk kita sama-sama mengambil pengajaran. yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

hadirin sekalian,

hari tu aku pergi ke mcd cawangan lumut, perak. ya, siapa kata di Lumut tiada Mcd, korang silap. hehe.
aku bukannya minat sangat dengan burger-burger mcd ni, walhal, burger dia indah gambar dari rupa. dengan sayur yang diorang main tempek je kat atas roti tu, memang aku tak minat. tapi ada satu benda je yang boleh buat aku datang Mcd ni, iaitu, McFlurry oreo. aku rasa dalam aiskrim tu diorang letak marijuana lah. hehe

tapi aku bukan nak cerita pasal kesedapan McFlurry. time aku dok sedap makan McFlurry tu, sambil hisap rokok straw, aku nampak 3 orang budak perempuan, mungkin umur diorang 13-14 tahun kot. "kecik" je masing-masing. diorang berdiri kat luar McD tu sambil mundar mandir. ada sorang tu dok sikat-sikat rambut dia, yang lagi sorang dok setting baju dia, masing-masing bawak handbag,pasar malam  Louis Vutton. cukup hebat.

aku habiskan McFlurry aku, seusai makan, aku pergi ke tempat basuh tangan, dari kejauhan aku nampak 3 orang budak perempuan depan tempat basuh tangan.


"weh, tangkap lah gambar aku pulak," kata budak perempuan 1

"saba la kejap, aku punya gambar tak lawa lah," kata budak perempuan 2

aku basuh tangan. buat muka cool.
aku duduk balik kat tempat aku.


ke tiga-tiga budak perempuan berlalu pergi dari McD.


mereka tersenyum puas.

















Majlis Daerah Lumut,please take note,  tolong buatkan satu Pavillion untuk budak-budak ni. hehe.

Monday, August 9, 2010

hari ni saya nak bukak pekung di dada

assalamualaikum

hari ni, aku nak cerita semua yg tak best pasal diri aku. semua yang busuk-busuk pasal aku. sebab kepala aku dah pening (high) ni. maybe sebab apa yang aku buat semalam kot. apa yang aku buat? rahsia lah..haha. remaja kena mencuba kan? haha, experience tu penting, baru hidup ni menarik.

1. aku jarang syampu rambut, maybe sebulan sekali dua je kot.
2.aku jarang sembahyang subuh kebelakangan ni, sebab susah nak bangun, harap bulan ramadhan ni boleh                    berubah
3.aku mandi tak sampai 5 minit, bagi aku mandi lama-lama tu buang masa, lagipun ambik wudhuk tu pun macam mandi jugak kan? maknanya sehari aku mandi 6 kali..haha..ok kan?
4.aku sensitif (betol lah!)
5.kadang-kadang aku kutuk kawan aku dalam hati (korang tak pernah ke? )
6.aku tak suka jalan lembap-lembap, buat kerja perlahan-lahan.
7.aku gelojoh time makan
8.aku tak reti makan pakai tangan, kadang-kadang aku makan nasik boleh ada sampai kat pergelangan tangan.comot
9.aku ada banyak topeng, topeng depan parents, depan family, depan membe, depan awek, depan cikgu, (korang ade topeng tak? )
10.aku dah kurang tengok porno(ok la tu)
11.aku tak reti simpan duit.
12.aku tak pandai pilih baju apa yang cantik
13.aku tak minat bola, sebab aku takut masa aku habis untuk tengok bola je
14.aku tak suka jerit-jerit (tapi aku ketua platun time form 5 dulu)
15.aku sayang kawan-kawan aku (ini serious)
16.aku suka hutang orang
17.aku pernah jadi pemuas nafsu selvan
18.aku hipokrit

orang kata, buat apa cerita keburukan diri sendiri kat orang lain, ye ke?
biarlah, aku dah tahu keburukan diri aku, aku nak berubah



ingat kebaikan orang kat kita, ingat keburukan kita kat orang
lupakan kebaikan kita kat orang, lupakan keburukan orang kat kita




malam ni, tarawikh, tapi aku ada kelas pengajian Malaysia. so, sorry tarawikh.
aku nak tido. kepala sudah berat.

Sunday, August 8, 2010

welcome ramadhan!

assalamualaikum

oh, bulan ramadhan dah nak datang. Tak sedar pulak aku. Membe aku cakap hari rabu ni dah kena puasa. haiishhh, aku ni bukan apa. Aku punya puasa nazar untuk Penilaian Menengah Rendah(PMR) pun belum habis buat lagi. 8 hari beb, ade baki lagi 3 hari kena buat. nasib baik time SPM tak dapat 10A, kalau tak dah jadi 13 hari aku hutang, hehe.

sebut pasal puasa, untuk pengetahuan korang semua, aku cuma pernah ponteng puasa sehari je( ini betul lah! ). aku tak suka ponteng puasa. nanti rasa tak seronok je raya. aku ponteng sehari tu pun masa aku form 3, time tu baru lepas PMR, semua orang dok bergembira sana sini. Pelbagai ceramah diadakan bagi mengisi masa kosong selepas PMR. tp aku pergi bantai tidur kat loteng. hehe.

"weh tuntung, tadi ustazah sebut nama budak-budak yang dia target tak puasa, nama kau pun ada" kata seorang membe aku(aku tak ingat siapa)

"hah? aku puasa lah hari ni!" emosi aku berkecamuk, aku penat puasa hari ni, ustazah boleh target aku tak puasa. cilaka sungguh

aku terduduk,



 terasa penat lelah aku berpuasa hari ni tak dihargai.


tangan ku menggapai silinder berwarna putih. keluarkan pemetik api dari dalam poket seluar.




 bakar. aku sedut dalam-dalam.




"fuhhhh....." cant find words to describe the goodness and the warmness on the soul lungs.

aku tak ingat apa aku buat lepas aku hisap rokok tu, mungkin aku buang baby sampah merata rata kot.. entahlah..

siapa suruh tuduh aku tak puasa, kan dah termakbul doa tu.


 selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak, semoga ramadhan tahun ni membawa keberkatan dalam hidup korang.

saya ingin menjadi seorang usahawan

assalamualaikum..

aku muncul lagi..hehe..sori, busy sangat-sangat lah sekarang ni(padahal bukan buat apa pun)..aku pun baru nk cope dengan life aku sebagai mahasiswa..nasib baik lah unikl mimet ni dekat lumut, kalau dekat kl ke, bangi ke, memang tak jadi orang la aku.. open table sana sini, cit..

hmm..aku penat lah sebenarnya, dah 2 hari tak tido..semalam ada kem usahawan, bukan kem pun sebenanye, macam 1st gathering la untuk ahli kelab usahawan atau dalam perkataan yang lebih susah disebut, entrepreneur club..betol kan aku eja entrepreneur tu? haha..

gathering tu buat dekat Teluk Senangin,  korang taw kat mana? mesti korang tak taw, dia dekat Segari, Segari pulak dekat dengan Pantai Remis, kalau korang still tak tau jugak, korang g la google earth. Teluk Senangin ni ramai orang tak tau, tapi tempat dia cantik, walaupun air dia takdelah macam air Pulau Sipadan tu..

kem ni berkisarkan tentang macam mana kau nak build sikap entrepreneur dalam diri korang tu. dan kalau korang nak tahu, 10% dari rakyat Malaysia kebanyakkannya makan gaji dan self employed, maksudnya bekerja sendiri, macam petani, nelayan, doktor dan etc.

tp tujuan utama aku datang bukan sebab nk dengar ceramah dan L.D.K pun sebenarnya, tapi sebab ada makan free, haha..gila korang, siapa la nk pergi bangun pukul 7.30 tunggu bas pastu dengar ceramah. baik tidur dalam bilik. tak pun buang baby sampah merata-rata, shhhh

bermanfaat jugak gathering ni sebenanye kalau dimanfaatkan, haha, dari 100%, aku rase aku cuma dapat 40% je, ok lah tu dari tidur kat bilik + maksiat-maksiat lain. so, most of malaysian work for money, isn't it much better if the money work for us? kan? akhirul kalam, jom jadi entrepreneur!

ni aku ada gambar sikit so korang boleh cuci mata.. sumpah tak lucah..



usahawan in the making

credit to my Aino, hehe..


i want to hold pine's hand till i get old like them, hehe


gay