Tuesday, August 10, 2010

kebejatan sosial

assalamualaikum

aku baru teringat, ada satu kejadian aku nak share dengan korang, bukan lah aku nak memburukkan mana-mana pihak atau bangsa, tapi dengan tujuan untuk kita sama-sama mengambil pengajaran. yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

hadirin sekalian,

hari tu aku pergi ke mcd cawangan lumut, perak. ya, siapa kata di Lumut tiada Mcd, korang silap. hehe.
aku bukannya minat sangat dengan burger-burger mcd ni, walhal, burger dia indah gambar dari rupa. dengan sayur yang diorang main tempek je kat atas roti tu, memang aku tak minat. tapi ada satu benda je yang boleh buat aku datang Mcd ni, iaitu, McFlurry oreo. aku rasa dalam aiskrim tu diorang letak marijuana lah. hehe

tapi aku bukan nak cerita pasal kesedapan McFlurry. time aku dok sedap makan McFlurry tu, sambil hisap rokok straw, aku nampak 3 orang budak perempuan, mungkin umur diorang 13-14 tahun kot. "kecik" je masing-masing. diorang berdiri kat luar McD tu sambil mundar mandir. ada sorang tu dok sikat-sikat rambut dia, yang lagi sorang dok setting baju dia, masing-masing bawak handbag,pasar malam  Louis Vutton. cukup hebat.

aku habiskan McFlurry aku, seusai makan, aku pergi ke tempat basuh tangan, dari kejauhan aku nampak 3 orang budak perempuan depan tempat basuh tangan.


"weh, tangkap lah gambar aku pulak," kata budak perempuan 1

"saba la kejap, aku punya gambar tak lawa lah," kata budak perempuan 2

aku basuh tangan. buat muka cool.
aku duduk balik kat tempat aku.


ke tiga-tiga budak perempuan berlalu pergi dari McD.


mereka tersenyum puas.

















Majlis Daerah Lumut,please take note,  tolong buatkan satu Pavillion untuk budak-budak ni. hehe.

8 comments:

  1. cian r bdk uh.. bru nk hdp kot.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. haha. sengal lah! tom tom ai tom tom na sungguh!

    ReplyDelete
  3. alan: masalahnye, beragaklah sket en kalau nak jadi gadis myspace pn..hahaha

    nap: sape sengal? aku ke? ke dak perempuan tu? haha

    etiqz: oh artis

    ReplyDelete
  4. weh tom tom! setting la bg komen ko x pyah bersusah payah nk kne buh Word verification tuh! jenoh tahu?? hahaha.

    ReplyDelete
  5. ye ke? aku ingt xde mende tuh..hahaha..nanti aku try setting..

    ReplyDelete
  6. style siot.awat tak minyak no ? hahah

    ReplyDelete
  7. gile kau, dak kecik kot..haha..tggu die dah amek gambar kat toilet pavi baru aku mintak..haha

    ReplyDelete