Saturday, July 17, 2010

orientasi saya sangat menyeronokkan!

assalamualaikum

lama dah tak update blog ni..sangat busy sekarang ni..
baru je habis orientasi kat unikl mimet.. ape yang dapat aku katakan..
orientasi ni sangat menghiburkan dan mencuit hati hingga tak kering gusi, aku rasa macam dah menjadi sangat dewasa dan matang sewaktu orientasi ni..korang faham kan? kalau tak faham, contact aku personally, nanti aku bagitahu..

seriously, penat lah..seminggu ni tiap-tiap hari aku tidur 3 jam je..dengan senior-senior skema yang bajet otai..
"kau x kenal aku sape..kau belom tau lagi, nanti korang da kenal korang taw la!"
lah..macam la aku baru duduk asrama sehari dua..hehe..

tapi at least terubat jugak la rindu aku nak kene buli..ngantok sangat sampai kadang-kadang lepas suboh aku bantai tido dekat belakang surau, sebelah tong sampah..hoho..

banyak gak faedah orientasi ni..aku dah tahu hala tuju aku, so aku boleh buat perancangan dari sekarang..
lah..poyo je aku..hmm..ramai freshie lawa-lawa dan comel-comel..hehe..
tapi bak kata jambi

"jangan tinggalkan orang yang kita sayang sebab orang yang kite suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang kita sayang"  lah~~ haha

peace!

aku tukang amik gambar


orientasi da nak abes leh la korang wat muke hepi..hoho

Wednesday, June 23, 2010

rindu nak buat benda ni kat sekolah..

assalamualaikum..

dah lama tak update entri, mimet tak bukak wifi. sekarang ni dah kena pakai ID lak dah, maknanya, segala web yang aku bukak orang dah boleh detect, bahaya ni. nak kena pakai ID kodiaq la nampaknya..hoho..

berbalik kepada tajuk di atas, dah dekat 2 tahun jugaklah aku tak jadi pelajar sekolah menengah sains tuanku jaafar, kuala pilah, negeri sembilan. rindu jugak. baru sekarang rasa nak sekolah balik. dulu haram nak pergi sekolah. bukan main malas lagi. ish3..

so, kalau aku dapat masuk sekolah balik, aku nak buat benda ni:


  1. mandi sambil pakai spender dengan kawan-kawan
  2. hisap rokok ramai-ramai sambil suruh budak junior jadi liner
  3. fly lalu kilang  papan belakang sekolah
  4. skodeng asrama perempuan sambil pakai baju tee askar dengan tutup muka pakai daun bentuk love dengan 2 lubang
  5. kena buli dengan senior( serious, aku rindu yang ni) 
  6. tidur dalam kelas add math dengan fizik
  7. tengok budak-budak junior kena "setel"( tengok je )
  8. masak maggi sambil berlari-lari dari warden sehingga maggi menjadi sebesar laksa
  9. letak air longkang dalam air minum senior ( wahhh, ni paling puas hati la )
  10. ambik nasik bungkus, tapi bayar 20 sen.
  11. tidur kat loteng 
  12. menyorok dalam loker, bawah katil, belakang koridor, bawah meja.
  13. lepak dengan kawan-kawan. (rindunya hai)
  14. bahan junior
  15. tak nak belajar langsung
  16. tidur dengan selvan

Monday, June 7, 2010

benda paling susah

assalamualaikum

entri hari ni, tidak langsung menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. tapi menyentuh sensitiviti aku sendiri.
korang pernah buat benda paling susah tak? benda yang leceh dan penuh dengan ranjau, duri sepanjang perjalanan(lah, poyo je aku)..

korang pernah pakai overall tak? taw tak overall tu ape?
overall tu adalah pakaian yang orang pakai kat bengkel tu..macam ni ha..

paham kan?

ok. nak pakai bende alah ni memang satu hal lah. tapi tu tak cukup mencabar.

sila hayati ayat-ayat di bawah..

cuba korang bayangkan, time korang pakai baju nih, pastu korang rase sakit perot. korang bergegas pergi tandas. tandas tu kecik. adrenalin korang sedang memuncak. macam cerita wanted, 400 heartbeat per minute. dalam pada korang nak bukak baju tu, henset korang jatoh dari poket, lantas berderai, bateri, casing semua tercampak.korang kutip part-part henset tu satu-satu, pastu korang tak sempat nak pasang balik henset tu. simpan je terus dalam poket. sangkut baju kat pili paip. bukak boxer, sangkut je atas dinding. 

fuhh..nasib baik sempat..peluh korang menitik..lalat dua tiga ekor hinggap kat hidung korang(ok, ni hiperbola, kalau nak bayangkan jugak, ikot suka korang lah)

 pastu korang kena pakai baju ni balik dalam ruang yang sempit, bile korang dah pakai baju overall tu, baru korang sedar, korang belum pakai boxer lagi, pastu kena bukak balik, pakai boxer, pakai balik baju tu.. pam air.










hari ni sangat mencabar..


typical malaysian

assalamualaikum

secara jujurnya, aku bukan lah peminat tegar filem-filem malaysia..satu-satunya filem malaysia yang aku tengok dekat wayang adalah filem Bohsia, itu pun sebab dekat wayang tu dah takde filem lain selain filem padayaippa dan singgam lakonan koqdiaq dan selvan.hehe..kalau selvan berlakon, akulah heroinnya..haha

sebab bagi aku, kebanyakkan filem-filem malaysia kurang kualiti dari segi jalan cerita dia. balik-balik cinta, lawak bodoh(senario, aku tak boleh terima betul), dan cerita-cerita mat rempit atau mat-mat kereta yang kononnya ganas tapi berlakon macam budak skema..haramm tak garang..haha..syamsul yusof, syamsul yusof..

konon nak bagi kesedaran lah kat mat rempit, padahal nak untung, budak-budak lagi terpengaruh ada la.. kan derr? hehe..
ha,aku taw, korang minat jidin kan? kan? haha..
tak pun cerita penunggu gunung raya, drama berbajet rendah yang buat orang melayu jadi bodoh tu? haha
so ape konklusi nye? sori kodiaq, aku tau hang dengan awek hang peminat filem-filem melayu. hehe

pat-pat siku lipat siapa cepat dia dapat..hoho..






Malaysia boleh!

Sunday, June 6, 2010

semalam bersama selvan

assalamualaikum

entri kali ni agak berating tinggi, so pemerhatian dari ibu bapa adalah amat digalakkan. dan kepada yang masih berumur 17 dan ke bawah sila berhenti di sini. hehe.

kejadian ni berlaku waktu aku form 3, seriously, ni lah tahun terjahil aku..tahun aku menjadi perokok, gay(haha, hiperbola pun tak boleh ke?) dan pelbagai lagi jenis dosa..

hari itu normal sahaja. tiada angin, panas. asrama sekolah aku memang panas pun. sebagai lelaki adalah menjadi kebiasaan untuk membuka baju ketika tidur.. kalau perempuan aku tak tahu lah pulak..nak jugak tau..hehe..

membe aku fly malam tu, diorang pergi main snuker..so dalam bilik tu tinggal aku dengan seorang budak india yang bernama selvan. selvan muda dari aku setahun, so time tu dia form 2.. kulit dia memang hitam.. sehitam bontot kuali.

aku dah tido dah time tu..tapi tak lena sangat..sebab panas..

tiba-tiba aku rasa ada orang baring sebelah aku.. aku mamai-mamai bukak mata, tapi tak nampak siapa..
aku pun sambung tidur sampailah pagi..

besok tu baru aku tau setelah membuat analisis dan interpreting the data..












selvan tidur sebelah aku..


tiada sebarang kesan luka kecederaan atau spesimen air mani dijumpai..fuhh..

Saturday, June 5, 2010

lembap

assalambat

hehe..main-main pun tak boleh ke. lately, aku rase, kepala otak aku dah menjadi semakin lembap+kusut.
mungkin sebab banyak sangat asap kot..tu yang mati semua neuron-neuron dalam otak tu..
ryn bagi aku soalan fizik pun aku tak boleh nak jawab..bilik dah la bersepah macam harammm..
baju belum basoh..rambut belum syampu..saman belum bayar..arghhhhhhhh..

2nd time kene tag!


Apa yg bermain difikiran anda sekarang ni??
. dosa lampau dan dosa akan datang .


Apakah nama samaran u'all??



. seperti tag di bawah .

Berikan 3 orang yg u'all sayang



. mak
. ayah
. adek beradek
.kawan-kawan
.pine




Panggilan utk si dia
. hoi3.





Hadiah yg korang impikan dari seseorang yg istimewa



. kerusi roda .


Blog mane yg korang suke visit??



. blog kawan2 / orang yg aku kenal .


Adakah anda happy sekarang?



.  hepi tu ape? .

Kenapa anda Happy?
. tak hepi pun la! .

Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?



. solat
. zikir
. tazkirah

Nyatakan warna yang anda suka.
. hitam(tapi hitam bukan warna)

Beritahu 5 orang yang anda mahu tag.
. hanibi
. shahrin
. azhar
. illy
. yoyo





Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
Tulis panjang2 pun takpe




. besfren ;)
. dak mimet ni wei!  :)
. gay ecad..haha ;)
. kawan time skola rendah :)
. sepupu yang gemok ;)


Adakah anda happy dengan apa yang ada?



. happy tu ape? .


Tindakan anda bila dengar bunyi kilat dan petir?
. cool je..hehe .





reaksi anda bila ada orang mengutuk anda
. join sekali lah! .


reaksi anda bila TERjumpa dengan artis favourite



. mintak sign kat dada .


maxis or celcom
. maxis, sebab pakai since 2002, nombor dia lawa .





TIGA bad habit
. bau tangan sendiri.
. tak syampu rambut, siape nak bau rambut aku? meh sini
. belajar tak ingat dunia.

apa yang anda lakukan bila ada orang lain sebuk dengan hal anda
. biar lah dia.dia dah lama tak tengok cermin kot.


apa reaksi anda bila TERkentut busuk / kuat di khalayak ramai
. "memang aku kentot! memang aku kentot!" .
.