Wednesday, August 18, 2010

mind blowing

assalamualaikum

ya, kepala aku dah nak mencapai takat didih, dah nak meletup, macam volcano dalam cerita 2012.

cuba tengok ni:

1.Bi test besok
2.print O.S.H chapter 2 dekat e-learning (69 mukasurat)
3.Math test 23/8(minggu depan)
4.week 7 test physics
5.electro marine technology punya assignment nak lagi 2 minggu
6.kuiz electro marine technology (a.c single phase ) week 6
7.test electro marine technology week 7
8.agama islam punya presentation minggu depan
9.O.S.H punya group assignment




argggghhhhhhhhhhhh!!!



time-time ni barulah kesan pembuangan baby sampah dapat dirasakan.
aku dah tak nak buat semua tu.


kawan-kawan, doakan aku berjaya ya.



aku nak tidur.

Wednesday, August 11, 2010

aku benci kelas pukul 8,9,10

assalamualaikum



aku nak berterus terang.



kali ni, aku taknak simpan-simpan


aku nak luahkan







aku dah 2 hari tak mandi pagi 





sebab aku bangun lambat, so bila aku bangun, lepas tu tengok jam, "kelas dah start", kelam kabut lah aku, sarung jaket, pakai kasut, cuci muka, basahkan rambut, blah..





tapi, mungkin besok pun aku tak mandi pagi





sebab kelas aku start pukul 2 petang..hehe


Tuesday, August 10, 2010

kebejatan sosial

assalamualaikum

aku baru teringat, ada satu kejadian aku nak share dengan korang, bukan lah aku nak memburukkan mana-mana pihak atau bangsa, tapi dengan tujuan untuk kita sama-sama mengambil pengajaran. yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

hadirin sekalian,

hari tu aku pergi ke mcd cawangan lumut, perak. ya, siapa kata di Lumut tiada Mcd, korang silap. hehe.
aku bukannya minat sangat dengan burger-burger mcd ni, walhal, burger dia indah gambar dari rupa. dengan sayur yang diorang main tempek je kat atas roti tu, memang aku tak minat. tapi ada satu benda je yang boleh buat aku datang Mcd ni, iaitu, McFlurry oreo. aku rasa dalam aiskrim tu diorang letak marijuana lah. hehe

tapi aku bukan nak cerita pasal kesedapan McFlurry. time aku dok sedap makan McFlurry tu, sambil hisap rokok straw, aku nampak 3 orang budak perempuan, mungkin umur diorang 13-14 tahun kot. "kecik" je masing-masing. diorang berdiri kat luar McD tu sambil mundar mandir. ada sorang tu dok sikat-sikat rambut dia, yang lagi sorang dok setting baju dia, masing-masing bawak handbag,pasar malam  Louis Vutton. cukup hebat.

aku habiskan McFlurry aku, seusai makan, aku pergi ke tempat basuh tangan, dari kejauhan aku nampak 3 orang budak perempuan depan tempat basuh tangan.


"weh, tangkap lah gambar aku pulak," kata budak perempuan 1

"saba la kejap, aku punya gambar tak lawa lah," kata budak perempuan 2

aku basuh tangan. buat muka cool.
aku duduk balik kat tempat aku.


ke tiga-tiga budak perempuan berlalu pergi dari McD.


mereka tersenyum puas.

















Majlis Daerah Lumut,please take note,  tolong buatkan satu Pavillion untuk budak-budak ni. hehe.

Monday, August 9, 2010

hari ni saya nak bukak pekung di dada

assalamualaikum

hari ni, aku nak cerita semua yg tak best pasal diri aku. semua yang busuk-busuk pasal aku. sebab kepala aku dah pening (high) ni. maybe sebab apa yang aku buat semalam kot. apa yang aku buat? rahsia lah..haha. remaja kena mencuba kan? haha, experience tu penting, baru hidup ni menarik.

1. aku jarang syampu rambut, maybe sebulan sekali dua je kot.
2.aku jarang sembahyang subuh kebelakangan ni, sebab susah nak bangun, harap bulan ramadhan ni boleh                    berubah
3.aku mandi tak sampai 5 minit, bagi aku mandi lama-lama tu buang masa, lagipun ambik wudhuk tu pun macam mandi jugak kan? maknanya sehari aku mandi 6 kali..haha..ok kan?
4.aku sensitif (betol lah!)
5.kadang-kadang aku kutuk kawan aku dalam hati (korang tak pernah ke? )
6.aku tak suka jalan lembap-lembap, buat kerja perlahan-lahan.
7.aku gelojoh time makan
8.aku tak reti makan pakai tangan, kadang-kadang aku makan nasik boleh ada sampai kat pergelangan tangan.comot
9.aku ada banyak topeng, topeng depan parents, depan family, depan membe, depan awek, depan cikgu, (korang ade topeng tak? )
10.aku dah kurang tengok porno(ok la tu)
11.aku tak reti simpan duit.
12.aku tak pandai pilih baju apa yang cantik
13.aku tak minat bola, sebab aku takut masa aku habis untuk tengok bola je
14.aku tak suka jerit-jerit (tapi aku ketua platun time form 5 dulu)
15.aku sayang kawan-kawan aku (ini serious)
16.aku suka hutang orang
17.aku pernah jadi pemuas nafsu selvan
18.aku hipokrit

orang kata, buat apa cerita keburukan diri sendiri kat orang lain, ye ke?
biarlah, aku dah tahu keburukan diri aku, aku nak berubah



ingat kebaikan orang kat kita, ingat keburukan kita kat orang
lupakan kebaikan kita kat orang, lupakan keburukan orang kat kita




malam ni, tarawikh, tapi aku ada kelas pengajian Malaysia. so, sorry tarawikh.
aku nak tido. kepala sudah berat.

Sunday, August 8, 2010

welcome ramadhan!

assalamualaikum

oh, bulan ramadhan dah nak datang. Tak sedar pulak aku. Membe aku cakap hari rabu ni dah kena puasa. haiishhh, aku ni bukan apa. Aku punya puasa nazar untuk Penilaian Menengah Rendah(PMR) pun belum habis buat lagi. 8 hari beb, ade baki lagi 3 hari kena buat. nasib baik time SPM tak dapat 10A, kalau tak dah jadi 13 hari aku hutang, hehe.

sebut pasal puasa, untuk pengetahuan korang semua, aku cuma pernah ponteng puasa sehari je( ini betul lah! ). aku tak suka ponteng puasa. nanti rasa tak seronok je raya. aku ponteng sehari tu pun masa aku form 3, time tu baru lepas PMR, semua orang dok bergembira sana sini. Pelbagai ceramah diadakan bagi mengisi masa kosong selepas PMR. tp aku pergi bantai tidur kat loteng. hehe.

"weh tuntung, tadi ustazah sebut nama budak-budak yang dia target tak puasa, nama kau pun ada" kata seorang membe aku(aku tak ingat siapa)

"hah? aku puasa lah hari ni!" emosi aku berkecamuk, aku penat puasa hari ni, ustazah boleh target aku tak puasa. cilaka sungguh

aku terduduk,



 terasa penat lelah aku berpuasa hari ni tak dihargai.


tangan ku menggapai silinder berwarna putih. keluarkan pemetik api dari dalam poket seluar.




 bakar. aku sedut dalam-dalam.




"fuhhhh....." cant find words to describe the goodness and the warmness on the soul lungs.

aku tak ingat apa aku buat lepas aku hisap rokok tu, mungkin aku buang baby sampah merata rata kot.. entahlah..

siapa suruh tuduh aku tak puasa, kan dah termakbul doa tu.


 selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak, semoga ramadhan tahun ni membawa keberkatan dalam hidup korang.

saya ingin menjadi seorang usahawan

assalamualaikum..

aku muncul lagi..hehe..sori, busy sangat-sangat lah sekarang ni(padahal bukan buat apa pun)..aku pun baru nk cope dengan life aku sebagai mahasiswa..nasib baik lah unikl mimet ni dekat lumut, kalau dekat kl ke, bangi ke, memang tak jadi orang la aku.. open table sana sini, cit..

hmm..aku penat lah sebenarnya, dah 2 hari tak tido..semalam ada kem usahawan, bukan kem pun sebenanye, macam 1st gathering la untuk ahli kelab usahawan atau dalam perkataan yang lebih susah disebut, entrepreneur club..betol kan aku eja entrepreneur tu? haha..

gathering tu buat dekat Teluk Senangin,  korang taw kat mana? mesti korang tak taw, dia dekat Segari, Segari pulak dekat dengan Pantai Remis, kalau korang still tak tau jugak, korang g la google earth. Teluk Senangin ni ramai orang tak tau, tapi tempat dia cantik, walaupun air dia takdelah macam air Pulau Sipadan tu..

kem ni berkisarkan tentang macam mana kau nak build sikap entrepreneur dalam diri korang tu. dan kalau korang nak tahu, 10% dari rakyat Malaysia kebanyakkannya makan gaji dan self employed, maksudnya bekerja sendiri, macam petani, nelayan, doktor dan etc.

tp tujuan utama aku datang bukan sebab nk dengar ceramah dan L.D.K pun sebenarnya, tapi sebab ada makan free, haha..gila korang, siapa la nk pergi bangun pukul 7.30 tunggu bas pastu dengar ceramah. baik tidur dalam bilik. tak pun buang baby sampah merata-rata, shhhh

bermanfaat jugak gathering ni sebenanye kalau dimanfaatkan, haha, dari 100%, aku rase aku cuma dapat 40% je, ok lah tu dari tidur kat bilik + maksiat-maksiat lain. so, most of malaysian work for money, isn't it much better if the money work for us? kan? akhirul kalam, jom jadi entrepreneur!

ni aku ada gambar sikit so korang boleh cuci mata.. sumpah tak lucah..



usahawan in the making

credit to my Aino, hehe..


i want to hold pine's hand till i get old like them, hehe


gay







Saturday, July 17, 2010

orientasi saya sangat menyeronokkan!

assalamualaikum

lama dah tak update blog ni..sangat busy sekarang ni..
baru je habis orientasi kat unikl mimet.. ape yang dapat aku katakan..
orientasi ni sangat menghiburkan dan mencuit hati hingga tak kering gusi, aku rasa macam dah menjadi sangat dewasa dan matang sewaktu orientasi ni..korang faham kan? kalau tak faham, contact aku personally, nanti aku bagitahu..

seriously, penat lah..seminggu ni tiap-tiap hari aku tidur 3 jam je..dengan senior-senior skema yang bajet otai..
"kau x kenal aku sape..kau belom tau lagi, nanti korang da kenal korang taw la!"
lah..macam la aku baru duduk asrama sehari dua..hehe..

tapi at least terubat jugak la rindu aku nak kene buli..ngantok sangat sampai kadang-kadang lepas suboh aku bantai tido dekat belakang surau, sebelah tong sampah..hoho..

banyak gak faedah orientasi ni..aku dah tahu hala tuju aku, so aku boleh buat perancangan dari sekarang..
lah..poyo je aku..hmm..ramai freshie lawa-lawa dan comel-comel..hehe..
tapi bak kata jambi

"jangan tinggalkan orang yang kita sayang sebab orang yang kite suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang kita sayang"  lah~~ haha

peace!

aku tukang amik gambar


orientasi da nak abes leh la korang wat muke hepi..hoho